buatmu ayah
Hj Abdul Rahman Bin Hj Dewa
Hampir 18tahun Allah bagi peluang dekat adik untuk bersama ayah. Yee ayah, adik tahu yang hidup pastinya akan mati. Sama jugak macam adik. Bnyk perkara yg kita lalui sama sama kan ayah? Tepat jam 6.43 petang, 24 Disember 2013. adik kehilangan orang yang paling adik sayang dalam dunia ni. Allah uji adik dengan semua keluarga kita dengan kehilangan ayah. Ayah tenang ye dekat sana. Sampai masa adik akan ikut ayah jugak. Kita akan jumpa lagi suatu hari nanti. Dalam waktu yang sama, hati adik tenang.Ayah merupakan seorang ayah yang sangat baik. Ayah jangan risau, sbb ayah dah bagi yang terbaik untuk anak anak ayah.
Banyak sangat kenangan kita, sampai adik tak tahu mana yg adik nk luahkan. Ayah tegas dengan anak anak ayah. Mungkin sifat tegas ayah tu menunjukkan yang ayah sangat caring dengan anak anak ayah. Ayah tahu? Ayah sakit dari masa adik trial, adik terus terduduk lepas mak usu bawak adik masa jumpa ayah dekat ICU. Ayah ingat lagi masa tu, adik datang duduk sebelah ayah, ayah terus belai kepala adik. Adik tahan sebak. Sebab mak usu cakap jgn nangis depan ayah. Nanti ayah risau. ayah nak cakap. Tapi adik tahan. Adik cakap tak pelah. Ayah tak yah cakap. Ayah kn sakit. Bila adik keluar je dari wad ICU, adik terus terduduk menangis. Berat sangat adik rasa ujian adik tu. Mama cakap adik kene kuat, adik kene teruskan jugak kertas terakhir adik time trial tuu.
Bila ayah dah keluar, ayah melawat adik. And adik ingat tu lah pesanan terakhir ayah untuk adik. Ayah cakap ' Belajar rajin rajin. Bandingkn dengan orang lain ' Masa tu adik menangis dah. Lepas adik salam ayah, adik call abang. Adik cakap, ayah tak leyh bandingkn adik dgn orang lain. Apa yg adik boleh buat, adik akan buat sedaya upaya adik. Abang cakap, adik kene paham ayah. Ayah nak yg terbaik untuk anak anak ayah. Adik tak terfikir apa apa pun masa tuu.
Lepas habes trial, adik di uji lagi oleh Allah. Ayah masuk hospital buat kali yang kedua. Kali ni ayah terus tak boleh bercakap. Ayah tahu mcm mana hilang tempat org bergantung. Saban hari adik doa untuk ayah. Adik rindu ayah, adik rindu nk bergurau senda dgn ayah. Rindu nak dengar ayah panggil nama adik. Rindu nk tengok handphone adik bunyi sbb ayah call. Semua adik rindu. Ayah ingat lagi tak? Masa tu ayah hantar adik balik asrama. Bila adik dah angkat barang semua, dah lambai ayah. Lat 5min ayah call handphone adik. Ayah cakap,
" eyh ada barang tertinggal lahh "
adik pun cuak tanya lah apa barang yang tertinggal. Yelah time tu kan ayah nak balik segamat. Nanti kesian ayah kene patah balik. Jap gi ayah cakap " ni hahh, tapak kaki tertinggal ". Terus adik gelak sesama dengan ayah. Ayah ingat lagi kann? hmm masa adik SPM, tak pernah otak adik tak terfikir pasal ayah. Bukak buku, tutup balik. Adik sedar adik tenga hadapi ujian besar untuk masa depan adik time tuu. Tapi bagi adik tak kesah. Yang adik tahu, adik nak balik jaga ayah. Tak kira apa pun yg terjadi. Time tuu, adik tak tahu nk luahkn dekat siapa. Adik tahan sedih sensorang. Sampai bila adik dah tk dpt tahan, adik tunggu semua kengkwn tidur, baru adik menangis ter esak esak sensorang. Adik tak kuat yahh. Kalau boleh adik nk adik pergi dulu sebelum ayah. Sbb adik tak sanggup tengok ayah pergi.
Habes je SPM, adik balik jaga ayah. Kita bergurau senda, adik masak kan ayah. Suapkan ayah. Ayah selera makan ketam masak sup adik masak tu. time tu, ayah dh boleh panggil nama adik. Dah boleh solat, dh boleh istihgfar. Time tu semua orang dah lega. tetiba masa dekat rumah ayah lemah, badan ayah ada bintik bintik. Abang bawak ayah pergi hospital. Sampai je Hospital, doktor terus suruh ayah masuk wad ICU, kita orang semua risauu. Mama tak benti benti menangis. Abang pun sama. Ayah rasa adik ni kuat sangat ke sampai boleh tgok abang dgn mama nangis saje je?
Hari Ahad adik tengok ayah, kita bebual. Ayah ingat tak? Adik cakap, ayah cepat lah balik. Nanti boleh main dgn penyek. Ayah tunjuk Good. Ingat kan ayah nak apa. rupanya ayah nk set dengan adik. Malam tu, abang aiman mama suap kan ayah bubur. Laju je ayah makan. Bila mama nk balik, ayah tak bagi. Mama cakap mama dah dapat rasa, kita orang tido hospital time tuu. Besok pagi tuu, doktor cakap, ayah dah tenat. Family members have to prepared everything. Kita org semua menangis. Tak benti benti bacakan ayah yasin. kita org nak ayah baik. sampailah hari selasa tuu. Ayah boleh pejam kelip mata, mama punya lah gembiraa. Rupanya, tu lah kali terakhir ayah pandang semua anak anak ayah. Ayah ingat tak kita org semua bisik syahadah dekat telinga ayah. Kitaorg redha ayah pergi, dari kitaorg tgok ayah menderitaa. kita org tak sanggup. Akhirnya ayah hembus kn nafas ayat buat kali terakhir. Semua org terdiam. Tak pe lah. Dah sampai masa ayah pergi.
Malam ayah tidur buat kali terakhir dekat rumah,adik teman ayah sampai pukul 5 pagi. adik mintak maaf ayah, adik dh tak tahan sangat dah mata nii. Mengantuk sangat masa tu Tapi adik tahu ayah gembira, Sbb anak anak ayah yg mandikn ayah. yang kapankan ayah. Adik cium kali terakhir dahi ayah. Wangi yahh, wangi sangat ayah adik nii. Abang yg imam kan ayah solat jenazah. Mesti ayah bangga kann ? kitaorg yg iring ayah ke tanah perkuburan. hmm rehat lah ayah dekat sana. adik tahu, ayah org baik baik. Ramai org sayang ayah. Moga Ayah ditempatkn dikalangan orang yg beriman. Sampai masa adik semua akan ikut ayah, ayah tunggu tau. Nanti kalau diizin kn Allah, kita sesama pimpin tangan satu keluarga masuk ke syurga. in sha Allah. Nanti tiba masa kita jumpa ye ayahh :')
salam rindu dari anak muuu :')